Penganjuran Seminar Isu-Isu Akidah Dan Sya'riah Dalam Perubatan Tradisional Dan Komplementari

 

Pada tanggal 26 dan 27 Januari 2023 ( Khamis & Jumaat ) bertempat di Dewan Tun Fatimah, UMP Paya Besar, Pusat Sains Kemanusiaan (PSK) UMP telah mengadakan Seminar Isu-Isu Akidah Dan Syari’ah Dalam Perubatan Tradisional Dan Komplementari.
Objektif seminar ini adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat amalan perubatan yang selari syari’ah dan yang tidak dibenarkan oleh syara’, mengelakkan masyarakat terjebak dalam amalan perubatan yang bertentangan dengan akidah dan syari’ah serta mempromosi program pengajian dan kepakaran yang ada di PSK, UMP.
Ceramah seminar ini disampaikan oleh Ybhg. Profesor Madya Dr. Mahyuddin bin Ismail, Pensyarah Kanan di PSK. Jumlah peserta yang menghadiri seminar ini adalah seramai 57 orang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan juga persendirian dari seluruh pelusuk negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Semua peserta menerima modul seminar ini beserta sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohamad Hilmi bin Mat Said, Dekan PSK, UMP. Dekan PSK, UMP memaklumkan seminar seperti ini akan bakal diadakan lagi dan menjemput semua untuk menyertainya lagi pada masa akan datang.
 
 
#KeluargaPSK
#UMPMalaysia
#BersamaMenujuKejayaan