Majlis Apresiasi Pusat Sains Kemanusiaan (PSK) 2021

KUANTAN, 28 Januari 2022 - Pusat Sains Kemanusiaan telah menganjurkan Majlis Apresiasi PSK 2021 yang bertempat di Swiss Bel Hotel Kuantan pada 28 Januari 2022 lalu. Ia telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Hasan bin Ahmad, Dekan Kanan Kolej Pengurusan & Kemanusiaan dan dihadiri oleh Dekan PSK, Ahli Pengurusan dan semua staf PSK termasuk beberapa tetamu jemputan.

Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf, menghargai dan memperingati staf PSK yang telah berjasa dalam memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang cemerlang untuk memastikan KPI PSK tercapai sepanjang tahun 2020 & 2021. Ianya dilaksakan pada tahun 2022 kerana kekangan masa berikutan isu Pandemik COVID 19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara.

Majlis ini turut memberi penghargaan kepada staf yang menyumbang dan mengharumkan nama PSK samada di peringkat jabatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, ia juga dapat mengerat hubungan sillaturahim sesama staf PSK yang pelbagai jabatan, memberikan suasana yang berbeza untuk menyuntik semangat positif dan dijadikan pendorong kepada staf yang lain untuk terus berusaha dalam memberi perkhidmatan yang terbaik serta komitmen yang tinggi dalam tugasan yang diberikan.