Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penasihat Industri (IAP) Bil 1/2022 Pusat Sains Kemanusiaan

Kuantan, 13 Mei 2022 - Pusat sains Kemanusiaan telah menganjurkan Mesyuarat Panel Penasihat Industri (IAP) Bil 1/2022 pada 14 Mei 2022 bertempat di Hotel Zenith, Kuantan. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan penasihatan dan pemurnian kurikulum program akademik, memberi pandangan terhadap kesesuaian program dan penilaian program, memberi maklum balas terhadap perjalanan program, membantu UMP untuk penempatan pelajar dan staf bagi Latihan/Sangkutan Industri, mendapatkan pandangan industri berkaitan relevensi program, kursus yang ditawarkan bersesuaian dengan kehendak industri dan mendapatkan pandangan industri berkaitan kesesuain kaedah pembelajaran dan pengajaran serta penilaian di dalam program.

Mesyuarat ini dipengurusikan oleh Dr Mohamad Hilmi bin Mat Said dan dihadiri oleh ahli-ahli dalaman di kalangan Pengurusan PSK. Mesyuarat turut dihadiri oleh Dekan Kanan Kolej Pengurusan & Kemanusiaan (KPK), Prof Madya Dr Hasan bin Ahmad.   Mesyuarat kali ini dihadiri oleh panel seperti berikut;

NO

NAMA

JAWATAN

AGENSI

1.

Dato’ Sri Md Shariff Shamsuddin

Pengarah Urusan

Asturi Metal Builsders (M) Sdn. Bhd

2.

Puan Zaharah Binti Zainuddin

Pengarah Urusan

AKIE group Sdn. Bhd

3.

Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Apandi

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

4.

Dr. Lokman Bin Ab. Rahman

Pengarah (Penerbitan)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)