Seminar Antarabangsa Sains Kemanusiaan Dan Peradaban 2020 (ICHSC 2020) Pusat Sains Kemanusiaan

Seminar julung kali diadakan ini dibuat oleh PSK pada 9 Disember 2020 di Dewan Tun Fatimah UMP Gambang.  Dengan kerjasma Bicara Cendikia Mulia. (BCM) Seminar ini menjemput Prof. Dr. Tatiana A. Denisova, Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains & Peradaban (CASIS) Raja Zarith Sofiah,  Universiti Teknologi Malaysia sebagai PengucapTama Program. Ia turut dihadiri oleh YH Naib Canselor sebagai perasmi Majlis.

Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk mengenalpasti isu dan trend semasa di dalam bidang Sains Kemanusiaan dan Peradaban. Para pengamal di dalam bidang sains sosial, pendidik dan pengkaji dapat berhubung dan bertukar pendapat serta berkongsi pengalaman dalam rencana Sains Kemanusiaan dan Peradaban. Malah, ia memberi pendedahan dan berkongsi ilmu berkaitan dengan kaedah yang efektif dan pengalaman praktikal di dalam bidang sosial sains di sekolah, kolej, universiti, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta agensi di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sebanyak 57 kertas dibentangkan dalam seminar ini.