International Conference on Human Sciences And Civilisation 2023 (ICHSC 2023)

PERSIDANGAN ANTARABANGSA (INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMAN SCIENCES AND CIVILISATIONS - ICHSC 2023)
 
8-9 Ogos 2023 | Perpustakaan UMPSA Gambang
Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan siri ke-2 International Conference on Human Sciences and Civilisations-ICHSC 2023 selama dua (2) hari bermula hari ini yang bertempat di Perpustakaan UMPSA Kampus Gambang.
 
Dengan bertemakan "Sustainable Development Through Spiritual Empowerment", persidangan ini menghimpunkan pakar-pakar, ahli falsafah, ahli akademik, penyelidik dan para pelajar untuk berkongsi pengetahuan dan bertukar pandangan dalam bidang berkaitan sains kemanusiaan.
 
Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman. Turut serta adalah Dekan Pusat Sains Kemanusiaan, Dr. Mohamad Hilmi Mat Said dan Rector, Universitas Islam Raden Rahmat Malang (UNIRA), Indonesia, Dr. Imran Rosyadi Hamid.
 
Sesi ucaptama pada hari ini telah disampaikan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar selaku Profesor dan Penyandang Kursi Al-Ghazali, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Profesor Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab yang merupakan Profesor Pusat Sains Kemanusiaan UMPSA.
 
Selain itu, persidangan ini bertujuan sebagai pemangkin kepada peluang baharu di samping memupuk jaringan dan kerjasama dalam pelbagai aspek termasuk memajukan pengajian, memupuk bakat pascasiswazah serta meneroka prospek kerjaya baharu. Persidangan ini turut disertai oleh seramai 180 peserta yang terdiri daripada penyelidik dan pakar-pakar dari dalam dan luar negara.