Majlis Kesyukuran PSK & Mesyuarat Pusat PSK Bil. 2/2022

Pada 03 Jun 2022, Pusat Sains Kemanusiaan bersama Unit Kebajikan dan Pembangunan Insan telah menganjurkan Majlis Kesyukuran dan Mesyuarat Pusat PSK 2022. Program yang bermula dengan Mesyuarat Pusat dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai program-program yang akan diadakan di PSK. Setelah sesi mesyuarat selesai, semua ahli telah menghadiri jamuan majlis kesyukuran yang diadakan di Dewan Banquet, Canseleri. Sebilangan tetamu turut hadir yang terdiri dari kakitangan di bangunan Canseleri, Gambang. Majlis telah berakhir sekitar jam 1.00 petang.