Program Multaqa Pengerusi dan Pengetua Ma'ahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang

12 Oktober 2022 | Hotel Grand Darul Makmur Kuantan UMP dan MUIP telah berkerjasama menganjurkan Multaqa Pengerusi dan Pengetua Ma'ahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang. Majlis ini dihadiri oleh 200 pengerusi dan Pengetua pusat2 pengajian tahfiz, madrasah dan pondok dari seluruh negeri Pahang.
Program tersebut merupakan satu dari agenda untuk mengemaskini data pusat-pusat pengajian tersebut disamping mempereratkan hubungan silaturrahim antara peserta. Data tersebut merupakan maklumat yang akan digunakan dalam kajian inisiatif untuk memperkasakan dan mengiktiraf Sistem Pendidikan Sekolah Pondok Negeri Pahang.
Sebanyak 3 kertas kerja dibentangkan oleh Al Fadhil Ust Barakatullah bin Bahari, Dr Abdul Kamil Jamaludin dan Dr Asmadi Abd Rahman dan dirasmikan oleh YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Naseer Ibrahim Shah, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.