Rumah Terbuka Aidilfitri Universiti Malaysia Pahang 1443h/2022 “Syawal Dirai, Keluarga UMP Dihargai”

Kuantan, 24 Mei 2022 - Universiti Malaysia Pahang telah menganjurkan Majlis Sambutan hari Raya Aidilfitri sempena meraikan kehadiran bulan syawal. Majlis turut dihadiri oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, pengurusan universiti, ketua-ketua Jabatan, kakitangan serta para pelajar. Smbutan Rumah Terbuka ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, UMP Kampus Pekan.  Pusat Sains Kemanusiaan telah diberi tugas untuk menyediakan menu lemang beserta rendang dan serunding. Kakitangan pentadbiran PSK telah terlibat dalam proses menghias booth yang bermula seawal jam 8.00 pagi. Acara sambutan hari raya telah berakhir lebih kurang jam 1.00 petang.