Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian (SC) Bil.1/2022 Pusat Sains Kemanusiaan

Putrajaya, 14 Mei 2022 - Pusat Sains Kemanusiaan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian (SC) Bil 1/2022 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberi nasihat dari segi pembentukan program baharu dan kurikulum dalam bidang yang berkaitan seperti menilai, membincang dan memurnikan program dan kurikulum yang dibina. Ia juga untuk  memastikan kajian halatuju sesuatu program di PSK selaras dengan keperluan atau kehendak pasaran dan kehendak negara, memperluas jalinan kerjasamadan perkongsian pengetahuan antara universiti, pihak SC dan menghubungkan PSK dengan industri untuk kerjasama penyelidikan dan dalam pembangunan program akademik baharu.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Hasan bin Ahmad, Dekan Kanan, Kolej Pengurusan & Kemanusiaan mengantikan Profesor Dr Mohd Rosli bin Hainin, Timb Naib Canselor (Akademik & A’bangsa) yang berada di luar negara. Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengarah PIDA, Prof Dr Kamal bin Yusoh Bersama dengan ahli pengurusan PSK yang terdiri daripada Dr Mohamad Hilmi bin Mat Said, Dekan PSK, semua Timbalan Dekan dan Semua Ketua Program di PSK. Senarai ahli Pemegang Taruh yang hadir pada kaliini adalah :-

NO

NAMA

JAWATAN

AGENSI

1.

Prof Dr Irwan Bin Mohd Subri

Pengarah

Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) (USIM)

2.

Dato’ Dr Sirajuddin Bin Suhaimee

Pengarah Kanan

Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

3.

Puan Musalimah Binti Mustaffa

Pengarah

Tabung Haji Negeri Pahang