Lawatan Kerja Ke Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL), Universiti Malaysia Terengganu

Lawatan ini telah diadakan pada 1 Mac 2020 bertempat di pejabat PPAL, UMT, Kuala Nerus, Terengganu. Ia telah diketuai oleh Dekan PSK, Dekan Kanan Kolej Pengurusan & Kemanusiaan dan Pengurusan PSK. Rombongan ini disambut oleh Prof Dr Aziz b Ahmad, Dekan PPAL bersama staf PPAL.

Objektif lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan mencari amalan terbaik dalam fungsi yang sama iaitu menawarkan Mata Pelajaran Umum (MPU) kepada semua pelajar. Selain daripada itu, PSK juga berhasrat mendapat pendedahan bagi pengurusan kualiti terbaik dalam penawaran kursus sarjana kerja kursus pasca siswazah.